"Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliah) bermusuh musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.." (QS. Ali ‘Imran : 103)
Rahsia Mempelajari Silat Kalimah
1. Sesiapa saja yang mampu menerima dan mahu menguasai ilmu dan ajaran Silat Kalimah mestilah mereka itu :
∞ Taat kepada Allah , Rasulullah dan Keluarga Rasulullah
∞ Mereka mestilah ikhlas dalam menyerahkan dirinya untuk Allah, kepada Allah dan kerana Allah, dan
∞ Berani bertanggungjawab iaitu sanggup menerima amanah, berjanji setia dan jujur.
2. Sesiapa saja yang belajar ilmu dan ajaran Silat Kalimah, mereka akan diuji dengan cubaan dan dugaan sehinggalah mereka mencapai tahap kesempurnaan insan yang tinggi.
Andainya mereka gagal melepasi ujian yang datang melanda.
Mereka akan berubah menjadi sombong, bongkak dan tinggi diri.
Mereka merasakan bahawa diri mereka adalah yang terbaik dan sudah tentunya jalan yang mereka lalui ini, jalan syaitan.
3. Kepada mereka yang berjaya, selidiklah diri kamu dan keturunan kamu kerana mereka yang berjaya adalah daripada keturunan yang hebat-hebat belaka sebelum ini sebagai contoh :
∞ keturunan Nabi dan Rasul
∞ keturunan Sultan yang adil, dan
∞ keturunan Panglima yang berjasa.
Inilah ungkapan dan rahsia disebalik Silat Kalimah yang harus kami sampaikan kepada masyarakat umum.
Di dalamnya terselit secara halus akan jalan kebenaran dan keadilan yang disampaikan melalui ilmu dan ajaran
Silat Kalimah yang sebenar, setelah sekian lama rahsia ini disimpan dengan begitu baik lagi rapi.
Silat Kalimah dilihat dapat membangunkan insan yang berdisplin dengan pegangan yang lurus. Atas dasar inilah, kami berusaha untuk lebih dikenali di mata masyarakat tempatan dan dunia secara amnya.